Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 1, 2015

Germanwings: Rakaman panik dalam kabin

Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
Agensi |Kemas kini:April 01, 2015
(Diterbitkan pada: April 01, 2015 12:27 MYT)

Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
Rakaman yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan penumpang seolah tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka.
PARIS: Sebuah video yang kini tersebar didakwa memaparkan detik akhir di dalam kabin pesawat Germanswings yang terhempas minggu lalu.

Rakaman video itu juga dikatakan memaparkan suasana panik di mana ada penumpang menjerit "Ya Tuhan."

Majalah Perancis,Paris Match dan juga akhbar harian Jerman,Bild mendakwa ketulenan video yang dirakam menerusi telefon bimbit itu "tidak perlu dipersoalkan" kerana ia diperoleh dari lokasi nahas.

Rakaman yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan penumpang seolah tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka sebelum pesawat malang itu terhempas.

"Suasana begitu huru-hara sehingga sukar untuk mengenal pasti penumpang, namun jeritan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka tahu apa yang akan terjadi kepada diri mereka," kata Paris Match.

Tambahnya, bunyi ketukan logam juga kedengaran lebih daripada tiga kali - kemungkinan cubaan daripada kapten pesawat untuk membuka pintu kokpit dengan objek berat.

Penyiasat yang meneliti data daripada perakam suara kokpit (CVR) mendakwa pembantu juruterbang Andreas Lubitz telah mengunci kapten pesawat di luar kokpit dan dengan sengaja menyebabkan ia terhempas.

Dalam kejadian pada 24 Mac itu, pesawat Germanwings tersebut telah merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis pada kelajuan 700 kilometer sejam, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru.

1 comment:

  1. Dahsyatnya! Apa pun itulah yg telah Allah tuliskan "jadilah maka jadilah"..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa