TMB: Amanat Nik Aziz mahu PAS, Umno berbaik
mk - 11:29AM - 3 Apr 2015
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno.
Mohd Amar berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, lapor Berita Harian hari ini.
"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAs sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.
"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.
"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah di Pengkalan Chepa malam kelmarin.
"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.
"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah di Pengkalan Chepa malam kelmarin.
Gambar kat bawah ni aku letak sendiri dari koleksi aku
masa almarhum TGNA masih hidup, ada anak dia yg suka jual nama dia. skit2 ayahanda kata.
ReplyDeletela ni bila dah tiada, org yg dilantik ganti dia dan menantu pun dah mula jual nama dia.
disiarkan oleh akhbar musuh almarhum!
Untuk pengetahuan admin aku lbh percaya Nik Amar dari keratan keratan akhbar yang diattached. Mereka lebih dekat dengan TGNA dari admin sendiri. TGNA lbh mengenali mereka dari admin. So, jangan nak jadi batu api duduk ditengah-tengah dan laga-lagakan mereka.
ReplyDeleteKesian kat ahli Pas yg dipermainkan oleh pemimpin yg bertunjangkan kpd duniawi yg kononnya pakatan perpaduan ni untuk kepentingan rakyat. Sama juga dg pemimpin sebelah sana yg kemarok dg pakatan perpaduan yg kononnya dibuat demi kepentingan Melayu tapi sebenarnya masyarakat Melayu dah menolak mereka.
ReplyDeleteAnon 3:57 PM
ReplyDeleteBenar kata ko, aku tak serapat berbanding Nik Amar mungkin dan memang benar aku tak kenal sangat (luar-dalam) TGNA. Namun begitu semasa hayatnya dan semasa aku cergas di dalam PAS ada beberapa kali aku hadir bermesyuarat dan berbincang beberapa perkara.
Aku pegang kata-katanya dan cuba sedaya yang ada untuk melaksanakan pesanan umum (bukan khusus) darinya.
Nik Amar lagilah aku tak kenal maka aku pastinya berpegang kepada munusia yang aku lebih kenal!
Walau apa pun aku juga menelusuri tack recordnya dari MP, ADUN, exco dan akhirnya TMB.....aku menilai dan memang orang-orang di luar sana juga menilai.
Aku juga setuju akhbar milik UMNO dan kroninya banyak yang tidak boleh dipakai.....jadi bergantunglah kepada penilaian kita sendiri ke atas laporanya
Salam Pak Din.
ReplyDeleteSaya pulak "lebih paham Pak Din daripada Nik Abduh, TMB Nik Amar" some people yang pandai-pandai narrating "amanat TGNA".. konon.
Baik dengan UmNo? haha.. yeah, apa salahnya! Dealing on our own terms.
So be it. Setuju untuk tak setuju aje !
Takyah gaduh-gaduh pendapat orang... laga ayam pun haram, kan?
Udah2 lee..sesunggunhnya tipudaya syaiton itu pelbagai..jika benar hal ini tdak benar kerana disiarkan oleh akhbar pro ubn..aku percaya kau Admin yg pro pas dgn senang boleh mendapatkn maklumat sebenar dari Nik Ammar..contohi peribadi rasul dn parasahabat.
ReplyDeleteJika benar TGNA (semuga di berkati Allab) meninggalkan amanat supaya PAS berbaik dengan UMNO Pihak UMNO tak tunggu lama Besuk tu UMNO dah bakar mercun
ReplyDeleteSebelum TGNA uzur UMNO dah menunjukkan sikap luar biasa baik nya khusus nya kepada TGNA Cukup sekeping gambar bersama TGNA
Jika betul dari awal diberitahu ada amanat bukan dah keadaan teruk baru nak dedah
Amanat maçam ini bukan seorang dua yang tahu dan yang patut dedahkan ia lah waris terdekat Kita kenal TGNA orang yang bijak dan berpendirian jika pasal UMNO dia akan beri amanat pada semua ahli
Kontraktor ubahsuai HOUSE RENOVATION rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOG 》 FACEBOOK Hubungi/WhatsApp: 0182233854 KHAIDIR
ReplyDeletePasang Tile RM berapa sekak?
ReplyDeleteHanz Azdi
ReplyDeleteBetul tu Hanz....bila minda kita lebih terbuka kita boleh anticipate dan memahami banyak perkara walau pun di luar kerangka biasa
Terima kasih Hanz
AKU lg sgt PERCAYA dgn kjadian alam "banjir-BALAK" yg dah sondol sampai nak masuk kat dlm rumah tempoh hari
ReplyDeleteItu sape punya kerja yg beri klulusan dan juga TANDA tangan!?
Beribu hektar hutan tlh diRANAPkan ddlm "TAHUN-2014" shj tu..POWER sape?
kih kih kih...
ReplyDeleteorang kalu dah benci seseorang...
baru sekali terlihat orang dibenci kantoi korek lubang hidung di belakang pentas terus dijajanya cerita seantero dunia seolah-olah pantang ada kesempatan mamat tu hari-hari korek lubang hidung di belakang pentas...
ada paham pokcik?
Amanat Pil Kuda ada lah
ReplyDeleteArwah Nik Axiz mustahil.
Nik Amar ini semua tahu jenis orang nya
Orang Kelantan ini yang cerdik tu cerdik sangat dan kalau yang bangang tu terlalu bangang sangat. Kalau sikap terbuka tu maka sikap terbuka sangat tapi kalau yang jumud dan terlalu wala' walau kat Iblis yang pakai serban (menyamar pemimpin PAS) sekalipun maka mereka wala sangat. Bagi aku setakat ni hanya wala' kat Admin (sebab tiap-tiap pagi hari aku akan buka blog dia dahulu (Mountdweller) mendahului FB, Sahbuddin Hussin, Abud Hassan Adam atau MSO. Trm kasih admin, aku masih wala' dan kebanyakkan komen akan sependapat dengan kamu. Hidup atas realiti.....
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melahirkan rasa dukacita berhubung laporan akhbar Berita Harian, hari ini.
ReplyDeletePenjelasan ringkas beliau menerusi facebook, petang ini.
Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan "amanah Tok Guru Nik Aziz".
Dukacita dinyatakan bahawa laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.
Para pembaca boleh merujuk kepada ucapan penuh saya yang dirakam oleh pihak penganjur untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar. - HARAKAHDAILY 3/4/2015
Sdr. Monkey Shooter
ReplyDeleteTerima kasih di atas kewa'an anda. Apa pun semua yang saya komen adalah berdasarkan apa kata hati saya dan sering saya bandingkan dengan apa yang telah berlaku/peristiwa lepas serta sedikit sebanyak pengalaman bergelumang dalam politik PAS satu ketika dulu
Sdr Monkey shooter
ReplyDeleteSalah taip 'kewala'an'
Inilah masalahnya bila sidang akhbar di buat dan memanggil pula akhbar yang sudah diketahui tingkah laku mereka sebelum ini tidak akan menyebelahi kita kalau tidak apa-apa tujuan tersembunyi.
ReplyDeleteMaaf saya tidak tengok dilaporkan oleh siapa. Mungkin bukan melayu yang tidak begitu memahami bahasa kita BM+kelantan dan ditambah pula sikit-sikit istilah arab kot?
Itulah sebabnya salah lapor
Jika nik amar yg bercakap aku kurang percaya walaupun dia seorang ustaz
ReplyDeleteNik amar ini tiada bezanya dengan Tuang Presideng dan Musyidul Am PAS sekarang ini. Jika bercakap selalu flip-flop dan U-turn serta lalok. Sikap begini langsung tak mencerminkan maruah dan pegangan sebagai seorang umat Islam. Mereka ini lebih mencemarkan nama Islam dengan berada di dalam Parti Politik yang meminjam jenama Islam seperti PAS. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan memelihara kesucian Islam dari anasir "Munafik" sebegini kerana Islam lebih tercemar dek musuh dari dalam selimut. Untuk Nik Amar.....Sedari dulu kamu memang bersifat "mulut cirit birit" dan bercakap "ikut suka hati", fakta kamu memang hancur dan tak boleh dipercayai. Kamu samanlah portal BH itu kalau kamu rasa kamu di pihak yang benar (sememangnya kamu tidak ada keberanian kerana kamu adalah "suara Iblis" di dalam kalangan manusia). Takut kamu pula yang akan disaman oleh BH kelak.....
ReplyDelete