Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 2, 2015

"Pelik, bercanggahan, separuh masak dan perlukan penjelasan lagi."

'Bebaskan Razak cemar Jabatan Peguam Negara'
mk - 4:24PM - 1 Apr 2015

Dua ahli parlimen tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan mengapa pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, tidak dirayu.

Dua wakil rakyat daripada DAP dan PAS menyatakan penjelasan Nancy Shukri, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu "tidak memuaskan."

Dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), menteri undang-undang berkata kerajaan tidak merayu kes Razak kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu.
Keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas "kajian mendalam" dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara, tambah Nancy.

Dalam sidang media hari ini, Nga berkata jawapan rasmi itu "pelik, bercanggahan, separuh masak dan perlukan penjelasan lagi."

"Jika 'tidak cukup bukti' dalam kes ini, kenapa Jabatan Peguam Negara (asalnya) memutuskan untuk mendakwa Razak bersubahat," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), di sidang media yang sama, berkata penjelasan sebenar untuk membebaskan Razak itu penting demi berlaku adil kepada keluarga Altantuya, yang dibunuh pada 2006.

Nga pula berkata keputusan tidak merayu pembebasan Razak itu telah menjejaskan nama baik Jabatan Peguam Negara.

3 comments:

  1. pada sedara2ku sekalian.. pendapat aku..
    apa yg bn/umno buat tu ialah perkara biase parti2 politik buat untuk pertahankan diri sendiri..

    contoh kes sepender putih parti pas,bini dia jawab laki dia xda spender putih..bermakna tu bukan laki dia..nampak x berapa sempoi..ini bukan calang2 punya jawapan..

    ok kes pkr china dholl..perut laki dia x boroi..bermakna itu bukan laki dia..nampak tak berapa sempoi dan cool jawapan tu..
    ini jawapan sempoi kelas A bhai...hehe

    senang cite budak tadika pun tak puas ati jawapan tu..sama x ngan umno?sama je bro..

    kenapa mereka sama?..
    soalan ni x payah jawap pun xpe..

    yg penting kenapa pula kita sesama sedara ni beriye2 kat mereka2 yg "sama" tu?
    ha yg ni la kene setle cepat...

    wallahuaklam..

    ReplyDelete
  2. Kasihan pada anak2 Arwah di Mongolia

    Paling tidak bagi lah keadilan pada waris Arwah

    Ter bukti banyak orang orang Melayu suka Entot tapi tak nak bayar

    Sifat Bacul amat kuat dan meng hina Bangsa sendiri

    ReplyDelete
  3. orang/parti2 politik mana ada main2 "paling tidak" ni bhai..
    "paling tidak" ko hormat la i.q sedara2 mara ko sendiri..ko jgn la cakap laki ko perot x boroi atau x miliki sepender putih dan lalu bermakna sah yg itu bukan laki ko..ko ingat i.q sedara2 mara ko ni mcm I.q kambing ke?hehe..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa