Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Ini orang PAS yang boleh jawab: Benarkah Nik Amar kaki pukul UMNO?

"Tok guru (Nik Aziz) pesan pada saya. Bukan PAS. Sebab saya kuat "pukul" Umno. Tok guru beritahu jangan kuat sangat menentang Umno kerana kita perlu berbincang (dengan Umno) untuk jayakan hudud."Dia pesan pada saya seorang sahaja sebab saya kaki pukul. Hanya nasihat peribadi," 
- Nik Amar

Hadi yakin dapat bentang RUU dalam sidang ini
mk - 4:00PM - 4 Apr 2015

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rang undang-undang (RUU) persendirian berhubung pelaksanaan hukuman hudud akan dibentangkan pada sidang kali ini.

Beliau turut berharap, RUU itu sekurang-kurangnya dibacakan buat kali pertama pada sidang Parlimen kali ini yang berakhir pada 9 April depan.

"Insya-Allah sekurang-kurangnya bacaan kali yang pertama (pada sidang) kali ini. Insya-Allah," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan taklimat Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Gombak hari ini.

Selain itu, ditanya mengenai reaksi Pakatan sekiranya RUU itu dibentangkan, Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu hanya berkata: "Itu kita tunggu dulu (untuk lihat) sejauhmana respon mereka berhubung apa yang kita ingin tunaikan terhadap kewajipan kita.

"Kita akan bentang di parlimen kemudian kita akan tengoklah perkara selanjutnya," kata Hadi.

Hubungan PAS dalam Pakatan semakin meruncing selepas kerajaan Kelantan meluluskan enakmen syariah itu pada 19 Mac lalu.

Malah, rakan sekutu mereka iaitu PKR dan DAP turut mengatakan parti itu membelakangkan Pakatan apabila Hadi menghantar surat  untuk mengemukakan usul  rang undang-undang persendirian di Parlimen.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, laporan akhbar yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi amanat kepada PAS berbaik dengan Umno adalah tidak benar.

Menurut Mohd Amar, amanat yang diberikan Nik Aziz itu hanya bersifat peribadi dan bukan kepada parti tersebut.

"Tok guru (Nik Aziz) pesan pada saya. Bukan PAS. Sebab saya kuat "pukul" Umno. Tok guru beritahu jangan kuat sangat menentang Umno kerana kita perlu berbincang (dengan Umno) untuk jayakan hudud.

"Dia pesan pada saya seorang sahaja sebab saya kaki pukul. Hanya nasihat peribadi," katanya.


# Sama-samalah kita doakan agar niat Hadi dan PAS berjaya mendapat sokongan dewan

10 comments:

  1. Nik Amar kaki pukul UMNO? Biar aku muntah dahulu, 2 jam lagi aku jawab.

    ReplyDelete
  2. jangan pukoi kuat kuat depa tengah
    bergelut sesama sendiri tu
    yang pencen mula menyibuk duk suruh orang tak jawatan
    ungkit abih cerita lama

    ReplyDelete
  3. Apa apa agenda Hadi dan Amar hanya tuk manfaat mereka sendiri

    Rakyat tetap papa kedana hidup dalam Reban Reban

    Teringat mangsa banjir kelantan

    ReplyDelete
  4. cer tanya dap...mung nok dok kite wat hudud lps menang pilihanraya?

    cer tanya dap...mung nok dok mat sabu, fakrol ke..mat awang ke klu dia kaloh?

    nok ning maksud dia sunggoh ah...bukang wat maing...

    ReplyDelete
  5. ser agi...gentelman skit ah...dokkang main tayang ulasang2 puak2 mung jer...dok aci ah...kata mung hok benar...jadi tayang gok etek hok belah saloh ning

    ReplyDelete
  6. Woiii....aku tak paham la. Guna la bahsa stended

    ReplyDelete
  7. Nik Amar kaki pukul umno? Bukan kaki pelok?

    ReplyDelete
  8. Betul la tu pesan TGNA, hudud mesti diteruskan, sama-sama lah kita berdoa semoga hukum Allah swt ini terlaksana.

    ReplyDelete
  9. Dalam hal hudud bukan kena berbincang dengan UMNO saja tapi dengan PKR dan DAP

    Lepas berhenti 'pukul' UMNO kita tenguk yang kena pukul PKR dan DAP

    Banyak cantik muka

    ReplyDelete
  10. Akor umbi pkr setuju doh dengan EKJS 11, pemimpin PKR bantoh dok tanya pung akor umbi....senang2 jah kata awok-awok bawoh ni hok jaga akar umbi pkr tolok EkJS 11.... Tanya lah dulu awok-awok bawoh ni sepatoh dua. Seagi pulok dengan DAP buih doh mulut macam orang kena sawang, kita terang ke dia macam terang ke lembu pulok, dok paham-paham. Kahkahkah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa