Walau pun Mahathir berhelah tapi itulah orangnya!
Dr M: Muhyiddin boleh jadi PM, tapi saya tak pasti...
mk - 2:27PM - 4 Apr 2015
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi beliau enggan mengesahkan sokongan kepadanya.
Dr Mahathir berkata beliau telah "hilang kepercayaan" selepas dua penggantinya tidak sepertimana yang diharapkannya.
"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik.
"Jadi, saya tak tahu," keluh Dr Mahathir ketika ditanya pendapat beliau mengenai Muhyiddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Terdahulu, Mahathir menggesa Najib berundur dan berkata mengikut prosedur, calon seterusnya untuk jawatan tersebut adalah Muhyiddin.
"Itu terpulang kepada parti untuk putuskan. Ada orang yang agak layak tetapi jika anda ikut perlembagaan parti, orang yang paling layak adalah timbalan," katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.
Mat Sembab ada lah rakyat biasa , bukan bangsawan , bukan juga barua
ReplyDeletePasti nya lebih baik dari lahanat 1 Mat Dah Bahalol
Rakyat sedar pasal ini
kalau naik pun sat saja lepas tu tersingkir jugak akhirnya
ReplyDeletemodai depa nak buat pru 14 konon konon ini regu terbaik yang mana tak reti duk sokong lagi omno
Dari ayat dlm tulisan admin di atas 'Walau pun Mahathir berhelah tapi itulah orangnya!' diikuti dgn 'Dr M: Muhyiddin boleh jadi PM, tapi saya tak pasti...', sehabukpun aku tak percaya! Yg sebenarnya orang yg paling dikehendaki Dr M sebagai PM adalah anaknya SAHAJA.
ReplyDeleteLast but not least, secara firasat aku fikir kematian Tun Dr Ismail, Tun Razak dan masalah kesihatan Tun Hussein dulu mungkin ada individu yg telah meng'arsenik'kan mereka tidak terkecuali UFN. Banyak kronologinya seolah-olah menjurus ke arah itu, sebab hati aku ini pun memang busuknya sampai terus ke tulang sumsum.