06:30PM Apr 01 2015
oleh Mariam Mokhtar
PANDANGAN: Di tengah-tengah kekalutan – daripada hudud kepada GST, satu-satunya ‘oasis’ yang tenang adalah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Kaedah yang baik untuk menutup berita buruk adalah mencetuskan lebih banyak berita buruk. Tindakan menangkap tiga editor dan dua eksekutif kanan The Malaysian Insider (TMI) – sebahagian daripada tekanan terhadap pengkritik kerajaan – adalah serampang dua mata.
Pertama, perhatian kini tidak lagi kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang penuh kontroversi dan akan dilaksanakan pada hari “April Fool”, 1 April 2015.
Kedua, Najib Razak telah membuat hubungan dengan sebahagian dalam PAS untuk menggunakan hudud bagi menghancurkan gabungan pembangkang. Perancangan itu memerlukan “kambing hitam” untuk berjaya. Adakah kakitangan TMI itu kambing hitamnya?
GST telah menyebabkan sejumlah perniagaan kecil, yang dijalankan keluarga, berhenti beroperasi. Mengambil akauntan GST untuk menguruskan akaun mereka, agar mematuhi syarat sistem itu, akan memakan sebahagian besar keuntungan mereka. Selain itu, ramai peniaga yang tiada kemahiran komputer.
GST juga dibenci pengguna. Mereka berkunjung ke pasaraya dan membuat pembelian panik, yang seterusnya menyebabkan banyak barangan keperluan habis bekalan. Ramai yang menjadi mangsa kepada peniaga licik yang menaikkan harga mereka.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, GST akan membantu membayar gaji dan pencen penjawat awam dan menteri yang sentiasa bertambah jumlahnya. Rakyat tentunya marah kerana menjadi mangsa bagi menggantikan berbilion ringgit yang hilang, ekoran salah urus ekonomi oleh kerajaan, melalui ketirisan dan pembaziran.
Minggu lalu, kita menyaksikan kemarahan yang tidak lama apabila Najib menganjurkan “perkahwinan dekad ini”. Beliau telah mengelak daripada skandal 1MDB, dakwaan kekayaannya oleh The New York Times, pembelian jet kerajaan serta dakwaan salah guna jet tersebut oleh isterinya.
Seperti kebanyakan politikus Umno Baru, Najib seolah-olah membuat sesuatu demi survival politiknya. Adakah keperluan pengundi langsung tidak diambil kira? Mengapa karier politik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditamatkan secara tiba-tiba? Ia menyebabkan harapan dan aspirasi rakyat untuk perubahan terhenti sementara.
Ramai orang, termasuk penyokong PAS tidak sedar yang fasa kedua langkah untuk mengekalkan pemerintahan Umno Baru dan status Najib selaku pemimpin parti sudah hampir terlaksana.
Najib tidak boleh melakukannya seorang diri. Beliau memerlukan rakan yang sanggup, dan beliau menemuinya dalam golongan ulama’ dalam PAS. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya dengan putar belit Najib, bahawa mereka berdua mampu “melindungi Islam dan mempertahankan Melayu”. Najib barangkali telah meyakinkan Hadi bahawa beliau akan membantu pelaksanaan hudud melalui Parlimen, membawanya kepada raja-raja, dan menjadikan Kelantan sebagai “negeri hudud” pertama.
Hadi yang naif politik dan kelompoknya mungkin percaya bahawa mereka akan mengukir sejarah. Mereka akhirnya mendapati bahawa hudud tidak dimasukkan ke dalam debat Parlimen. Lebih memburukkan keadaan, Umno Baru telah mengisytiharkan penolakan terhadap undang-undang hudud. Ulama’ PAS benar-benar telah diperdaya.
TMI mungkin tidak membuat salah dalam laporan mereka. Jika mereka benar-benar salah, bukankah memadai dengan menarik balik laporan tersebut dan membuat permohonan maaf. Tiada keperluan langsung untuk mendakwa mereka atas tuduhan menghasut, kecuali jika mereka dijadikan sebagai kambing hitam kepada penipuan pihak tertentu dalam isu hudud.
Penangkapan “korban” ini – kakitangan kanan TMI – barangkali adalah sebahagian strategi untuk mengalih perhatian, serta mewujudkan rasa takut.
Mungkin pelaksanaan GST hari ini dan kesan buruknya kepada masyarakat tidak akan lagi mendapat perhatian penuh rakyat, pembangkang dan persatuan pengguna.
Rancangan itu mungkin berjaya untuk sehari; namun apabila tiba 2 April, rakyat akan mula bersuara apabila menyedari kos sebenar 6 peratus cukai GST, apabila harga sesetengah barang naik sehingga 50 peratus ekoran kombinasi GST terhadap pengangkutan dan aspek-aspek lain.
Budak pekan bukan bodoh
ReplyDeleteBebudak kampong huku hulu nun yang ngok!!!!!
1 Mat Dah Bahalol tetap gah tetapi bebudak serban tetap dengan Otak Gred 3 Bebal memanjang
Kesian mangsa banjir hidup dalam Reban Reban Moden....
allah beri manusia akal utk membezakan betul atau salah.so beri pendapat yg rasional bukannya ikut perasan aje.blog pun bangkang tak salah pun.
ReplyDeleteHadi dan geng ug telah menyelamatkan gerombolan UMNO khususnya Najib, dgn memberi nyawa perjuangan hudud di tempat yg salah. Pada masa yg sama Hadi dan geng ug itu juga telah merobek keutuhan PR serta memusnahkan harapan rakyat untuk kehidupan yg lebih sempurna. Nampak jelas tiada bayang pun dari mereka ini untuk bersimpati dgn nasib rakyat dan Anwar, amat jauh berbeza dgn era kepimpinan almarhum Ustaz Fadzil Noor regu dgn almarhum TG Nik Aziz. Perjuangan mereka (Hadi dan geng ug) adalah untuk memastikan mereka sahaja dapat masuk syurga, yg lain2 boleh pergi jahanam. Natijah akhirnya, semua jadi porak peranda termasuklah parti PAS itu sendiri. Nasihat sahabat tidak mahu ditimbang malah gelojoh berkerjasama dgn musuh, inilah akibat buruk terhasil.
ReplyDeleteSepatutnya nur Islam dari Muhammad SAW akan menjadikan penganutnya menjadi lebih bijaksana dan cemerlang tetapi lain pula bagi golongan Lebai Kampung (pemimpin konservartif PAS) yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dan korupsi seperti UMNO juga. Mereka ini bukan setakat ditipu UMNO sahaja, malah telah mengkhianati amanah rakyat, bersubahat menindas dan menyokong kekejaman terhadap rakyat dan tidak secara langsung mereka (konservatif PAS) membantu menghancurkan Islam di negara ini.
ReplyDelete